saya sangat suka buku ini semasa di sekolah rendah.
penceritaannya banyak unsur mengejut.
ceritanya ad seorang pembantu rumah yang baru digajikan oleh si ayah yang mempunyai 2 orang anak kembar lelaki. si ayah selalu tiada di rumah kerana "out-station"..

seorang sangat baik dengan pembantu rumah ini tetapi berbeza dengan seorang lagi yang selalu membuat perangai dan seolah-olah tidak suka dengannya.

ada sebuah bilik di loteng (kalau x silap saya) yang memang tak pernah dimasuki oleh sesiapa.
entah bagaimana (saya lupa) pembantu rumah ini boleh sampai ke bilik itu.

rupa-rupanya barulah diketahui di bilik itulah ibu sebenar kembar ini duduk (roh @ hantu ibu) dan setiap pembantu rumah yang bekerja di sini akan mati. semuanya berakhir dengan pembunuhan,(mgkn sebab roh ibu tu cemburu)

dalangnya ialah kembar lelaki yang baik dengan pembantu rumah tu dan roh ibunya. kembar yg lagi seorang tu sebenarnya nak menyelamatkan pembantu rumah ini daripada mengalami nasib yang sama tetapi tak difahami tujuannya oleh perempuan itu. dipendekkan cerita, karakter jahat ini berjaya dihapuskan dan budak lelaki yang baik ini hidup bahagia bersama ayah dan pembantu rumahnya yg akhirnya menjadi ibu tirinya.

tetapi, pada satu musim cuti, kawan2 bdk lelaki ini datang berkumpul di rumahnya dan dia menceritakan kisah benar ini kepada kawan2nya. tanpa diketahui rupa-rupanya ceritanya ini mengundang semula "kedatangan" kembar lelakinya yg jahat itu..apa yg berlaku seterusnya? bagaimana dia nak menghadapi semua itu? bagaimana keselamatan ibu tirinya?..